Dasar luar Malaysia-Singapura era Tun Dr Mahathir Muhamad.
Semasa kepimpinan Tun Dr Mahathir Muhammad hubungan antara Malaysia dan
Singapura bertambah erat. Selain itu beliau juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang
sangat berminat dengan hal ehwal dunia antarabangsa. Beliau juga merupakan Perdana
Menteri yang banyak melawat negara-negara lain dengan tujuan memperkenalkan serta
memperjuangkan Malaysia di mata dunia. Selain itu semasa era beliau juga telah
memperlihatkan peranan Malaysia dalam dunia antarabangsa sebagai jurucakap negara
dunia ketiga yang menuntut hak keadilan dalam hubungan negara-negara sedang
Dirumuskan disini mengenai hubungan Malaysia-Singapura semasa era Tun Dr
Mahathir Muhamad. Terdapat lima faktor yang menyebabkan semasa kepimpinan beliau
mengambil sikap lebih “mild” . ini jelas menunjukan perbezaan beliau dengan apa yang
ditunjukan oleh beliau semasa di pentas dunia. Faktor pertama yang menyebabkan
kepimpinan beliau mengambil sikap lebih berlembut antara Malaysia-Singapura kerana
kewujudan ASEAN. Hal ini kerana dengan adanya ASEAN ini sendiri menyebabkan
masalah bilateral diantara negara-negara anggota telah dapat diminimakan. Hal ini kerana
ASEAN sendiri mementingkan kerjasama dan semangat keserantauan.
Sikap beliau yang lebih berhati-hati, lembut dan terbuka itu selaras dengan dasar
beliau yang dari awal telah menetapkan bahawa negara-negara ASEAN diberikan prioriti
utama dalam dan dalam luar negeri. Faktor kedua ialah hasrat Tun Dr Mahathir itu
sendiri yang namapk untuk menerajui kepimpinan serantau di peringkat ASEAN. Oleh
itu dalam usaha untuk menjadi pemimpin kepada anggota negara ASEAN, maka segala
tindakanya terutama dengan negara jiran yang lebih kecil perlu berhati-hati. Oleh itu
Malaysia tidak boleh terlibat dalam konflik terbuka dengan Singapura. Faktor ketiga ialah
keupayaan pertahanan. Ia melibatkan hal pemilikan senjata canggih. Malaysia dikatakan
ketingalan berbanding Singapura. Ini dibuktikan apabila pada tahun 1994 Singapura
mempunyai 555 pesawat tempur (combat aircraft) manakala Malaysia hanya memiliki 92
Dari segi pemilikan kereta kebal Malaysia hanya memiliki 25 buah sahaja
manakala Singapura memiliki 350 buah pada tahun 1995. Ia cukup jelas bahawa
walaupun Singapura itu hanyalah sebuah negara yang kecil tetapi persediaan dalam
pertahanannya adalah lebih baik berbanding dengan Malaysia. Oleh itu sekiranya
Malaysia mengambil tindakan yang lebih agresif ia boleh mencetuskan konflik dan
sekaligus dan boleh mencetuskan peperangan. Faktor keempat ialah beliau sendiri telah
membuat pengakuan dimana Singapura merupakan contoh kepada Malaysia. Ini dapat
dibuktikan dengan kata-katanya.
“... Singapore’s success story in the economic and social field cannot but be a model
for Malaysia...”
oleh itu jelaslah disini bahawa beliau telah menjadikan Singapura sebagai contoh
bagi Malaysia dan ia juga adalah tidak sesuai untuk Malaysia itu sendiri mengunakan
pendekatan yang agresif dalam menyelesaikan isu-isu yang berhubungan dengan
Malaysia dan Singapura adalah tidak sesuai. Hal ini kerana beliau telah dengan ikhlasnya
mengungkapkan kata-kata tersebut.
Faktor kelima ialah sebagai seorang yang sememangnya mahukan Singapura berada
di luar Malaysia dari awal lagi, maka beliau dikira gembira dengan kedudukan Singapura
kini yang menjadi sebagai sebuah negara yang berdaulat berbanding dengan Perdana
Menteri sebelumnya. Dalam hubungan ini jika Malaysia boleh bersahabat dengan China
dan Vietnam dan mengapa tidak dengan Singapura yang merupakan jiran terdekat.
“...we come from a small country. When we visit the bigger countries smaller they wold
not bother with us but when we visit countries smaller than ours we will be well received
and treated like king”
Menurut kata yang dipetik di atas Tun Dr Mahathir menganggap hubungan Malaysia-
Singapura ini sebagai city-state . Walaupun kenyataan ini dibuat dalam reaksi kepada
persoalan mengapa beliau suka menghulurkan bantuan kepada negara kecil,miskin dan
mundur seperti Mauritus,Maldives dan Fiji, sedangkan terdapat ramai orang di Malaysia
yang masih miskin. Ini jelas mengambarkan sikap beliau yang ego dan sanggup
Kemunculan isu air.
Isu air antara Malaysia dan Singapura ini merupakan isu yang begitu sensitif.
Ia seperti bom jangka di dalam setiap proses perunding antara dua negara ini. Hal ini
kerana isu air ini seringkali dipolitikan di Malaysia misalnya semasa pemilihan jawatan
dalam parti. Namun isu ini mula timbul dan menimbulkan kontrolversi apabila pihak
Malaysia menyedari tentang isu harga air yang tidak releven pada masa kini. Ia
dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 2002.Semasa era Tun Dr Mahathir
beliau berjanji akan menyerahkan jawatanya apabila isu air ini reda. Ia kembali hangat
semula apabila ianya selalu dikaitkan dengan isu-isu lain dan isu ini juga dikatakan
Pada tahun 1998 masih lagi Malaysia di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir
Muhamad. Pada masa itu Malaysia boleh menaikan harga air, namun beliau tidak
berbuat demikian. Hal ini kerana beliau percaya bahawa Singapura akan membuat tindak
balas menaikan harga air yang diproses ke Malaysia.Pada tahun 1986 dan 1987
merupakan tahun yang buruk dalam sejarah politik Malaysia iaitu dengan perletakan
jawatan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam dan beliau juga menghadapi cabaran
semasa pilihanraya dengan Tengku Razaleigh. Sehingga diadakan sekali lagi proses
mengira undi dan akhirnya beliau hanya menang tipis dengan lebih 43 undi mengalahkan
Ku Li. Selepas peristiwa itu Ku Li keluar dan membentuk semangat 46. Selain itu isu
Chaim Herzog menyemarakan lagi isu air.
“ Both these Water Agrements have been called into question by Malaysian politicians
during rough patches in bilateral relations. In 1980 during the Herzog visit , there were
calls to revoke the pacts or to renegotiate them with better term for Malaysian”
dalam hal ini jelas bahawa Malaysia mengalihkan tumpuan dalam menyelesaikan isu atau
masalah yang lain iaitu harga air. Namun jika dilihat pada tahun 1986-1987 harga air
tidak pernah dikaji semula. Alasan yang diberikan adalah kerana pada masa itu Malaysia
mengalami kemelesetan ekonomi dan ketengan kaum. Pada tahun 1988, Lee Kuan Yew
dan Tun Dr Mahathir telah menandatangani (MoU) iaitu perjanjian mengenai air dan gas.
Ini kerana perjanjian air tahun 1961 dan 1962 yang sepatutnya diadakan pada tahun 1986
dan 1987 tidak dilaksanakan oleh kedua-dua pihak.Walaubagaimanapun jika dilihat disini
Singapura amat licik. Ini kerana Singapura mendesak Malaysia menandatangani MoU air
dan gas pada 1988 tanpa Malaysia pada masa itu mengkaji semula kerana pada masa itu
Malaysia mengalami ganguan politik dalaman UMNO.
Jelaslah disini bahawa isu air ini seringkali dipolitikan dalam hubungan dua hala
antara Malaysia dan Singapura ini. Setelah meneliti sebab dan kemunculan isu air ini
sedikit rumusan dalam perjanjian air ini yang telah dibuat berdasarkan surat perjanjian air
tahun 1961 dan 1962.
. Rumusan perjanjian air 1961 dan 1962.
Dalam mengkaji mengenai isu air antara Malaysia dan Singapura ini tidak lari
daripada mengkaji tentang isi-isi dan kandungan yang terdapat dalam perjanjian air
antara Malaysia dan Singapura itu sendiri. Walaupun terdapat banyak perjanjian yang
telah ditandatangani sebelum ini. Namun jika dilihat perjanjian air ini merupakan satu
perjanjian air jangka panjang. Sekiranya diteliti kembali terdapat beberapa klausa-klausa
yang terdapat dalam perjanjian yang boleh di persoalkan. Secara keselurahan disini akan
merumuskan apa yang terdapat dalam perjanjian tersebut.
Terdapat dua perjanjian bekalan air mengenai dua pusat bekalan air yang telah
dibuat sebelum penubuhan Federal of Malaysia yang telah dirancang penubuhanya pada
9 Julai 1963. Setelah membaca klausa-klausa yang terdapat didalam kedua-dua
perjanjian tersebut sememangnya terdapat keraguan dan ciri-ciri berat sebelah. Dalam
kandungan klausa juga yang menjadikan Singapura berada dalam keadaan “upper hand”
dan Malaysia memberi banyak kelonggaran kepada Singapura bergerak bebas tanpa
batasan dikawasan takungan air di Malaysia dan tiada measure yang dikenakan keatas
pihak Singapura dalam kawalan keselamatan. Selain itu dalam perjanjian ini dapat dilihat
harga air yang tidak munasabah dan kerugian Malaysia dalam kutipan premium untuk
kawasan yang seluas 1/5 saiz Singapura dipajak untuk jangka masa yang panjang iaitu
hampir 104 tahun. Ini dapat dibuktikan dengan klausa yang berat sebelah ini.
Klausa 3( i) di ringkaskan dan isi kandungnya menyebut:
“ The Government shall acquire all or any aliecanated land. City Council (Singapore)
may by notice in writting require to be reserved for the purpose herein... includiing any
alienated land under along or upon which any existing pipe lies.”
Dalam klausa ini jelas menunjukan bahawa Singapura meletakan kuasa yang luas kepada
jabatanya untuk berurusan dengan kerajaan Negeri Johor dalam menguruskan bekalan air
agar ianya terus dibekalkan melalui paip-paip bawah tanah negeri Johor. Jika dilihat juga
kerajaan Negeri Johor perlu patuh pada jabatan yang telah dilantik Singapura. Selain itu
ia memperlihatkan yang dalam klausa 3(i) perjanjian 1961 menyatakan bahawa
Singapura akan membayar ganti rugi kepada kerajaan negeri Johor. Kerajaan Negeri
Johor agak tertekan dengan secara terpaksa menyediakan kawasan tanah yang dimohon
oleh Singapura dan apa yang paling menyekitkan adalah “reserve” tanah yang telah diberi
amat sukar untuk dapatkan kembali dan akan dikenakan bayaran yang tinggi.
Didalam klausa perjanjian ini terdapat juga elemen berbentuk sikap kurang
berperikemanusian dimana , walaupun air yang berada ditakungan air Johor berada
dibawah paras kritical yang dimana berlaku semasa kemarau panjang, kerajaan negeri
Johor masih perlu membekalkan air ke Singapura. Hal ini mustahil kerajaan negeri
masih perlu membekalkan air kenegara jiranya walhal air untuk rakyatnya dicatu. Pada
tahun 2001 semasa kemarau panjang berlaku Johor masih lagi membekalkan air mentah
ke Singapura dan membekalkan air ke Melaka tetapi dengan harga 30 sen per 1000
gelen,sedangkan Malaysia membekalkan air ke Singapura dengan harga 3 sen per 1000
gelen. Selain itu rakyat Johor sendiri terpaksa dicatu pengunaan airnya dan sehinggakan
penduduk terpaksa berbaris untuk mendapatkan air dari lori tangki yang membawa air.
Ini adalah jelas menampakan bahawa impak dari perjanjian air mengikut keperluan
Singapura dan ketegasan mereka dalam menguruskan air telah memberikan hasil yang
lumayan. Keadaan sikap kurang berperikemanusian ini dapat dilihat melalui klausa ini.
klausa 16.klausa 16(i) yang menetapkan harga 3sen setiap 1000 gelen air mentah.
Klausa 10(i) “ The City Council of Singapore agrees that the flow of the Johore River
below the poin of pumping shall not be reduced... such extennt cause the present users to
suffer unreasonably...”
Dalam klausa ini ia lebih menjurus kepada bekalan air yang berterusan untuk pihak
Singapura walaupun ketika itu aras air di Johor dibawah paras kritikal, Singapura tetap
mahu bekalan air diteruskan ke Singapura. Ini memcerminkan sikap Lee Kuan Yew yang
berpegang pada ideologi sosialis. In i seterusnya memberi beban kepada rakyat Malaysia
yang terpaksa menangung beban. Klausa ini menunjukan tiada sebarang
toleransi,timbangrasa kepada Malaysia.
Secara keseluruhanya walaupun tidak semua klausa yang disenaraikan kedua-dua
pihak tidak berat sebelah, namun dilihat dalam perjanjian tersebut tiada bentuk
“measure” atau kawalan dari pihak Malaysia,terutama bagi menjamin aspek keselamatan
dan kedaulatan negara. Mungkin kerana klausa-klausa perjanjian-perjanjian ini sudah
“out dated”. Ini kerana klausa-klausa yang ada dalam perjanjian 1961 dan 1962 hanya
releven pada tahun tersebut sahaja. Namun kini ia tidak boleh diterima sebagai perjanjian
yang seimbang dan bersifat adil.
Isu air yang dipertikaikan.
Singapura meraih keuntungan sebanyak RM662.5 Juta daripada air mentah yang
dibekalkan oleh Malaysia pada 2001 sahaja. Disini Singapura hanya membayar kepada
kerajaan Negeri Johor sebanyak RM 2.39 juta pada 2001 untuk bekalan air selama
setahun. Ini bermakna setiap rakyat Singapura hanya membayar 26 sen Singapura
setahun untuk air yang dibekalkan oleh negeri Johor. Ini jelas sekali bahawa Singapura
telah menikmati air sebanyak mana yang mereka mahukan, sebaliknya Johor membayar
kepada Singapura sebanyak RM 6.3 juta untuk air yang dirawat. Namun kenapa Malaysia
tidak membuat pembaharuan semasa Malaysia boleh melakukan demikian.
Malaysia dikatakan hilang hak dalam mengkaji harga air.
Malaysia mendesak Singapura supaya mengadakan mengkaji semula tentang isu
ini. Namun tegas Singapura Malaysia sudah kehilangan hak dalam mengkaji semula isu
harga air. PUB berkata melalui perjanjian-perjanjian yang dinyatakan Malaysia
sememangnya telah kehilangan hak ini dirujuk melalui surat kerajaan Negeri Johor.
Dalam hal ini memang kecuaian Malaysia kerana Malaysia tidak berbuat demikian pada
tahun 1986 dan 1987 iaitu tepat pada 25 tahun selepas tarikh kedua-dua perjanjian air
tahun 1961 dan 1962. Dalam perjanjian 1961 fasal 17 dan perjanjian tahun 1962 fasal 14
dengan jelas menerangkan bahawa berdasarkan perenggan (i) dan (ii) dalam fasal
tersebut kenyataan perjanjian adalah berdasarkan kajian semula selepas tamatnya tempoh
25 tahun dari perjanjian ini.
Namun sekiranya dikaji balik maksud perjanjian tersebut ia tidak bermakna mesti
dibuat serta merta tetapi ia boleh diperbaharui bila-bila masa selepas tahun 1986 dan
1987, kedua-dua pihak berhak disisi undang-undang untuk mengkaji semula harga air.
Namun ia merupakan kesilapan Tun Dr Mahathir sendiri kerana tidak mengunakan
peluang yang ada pada tahun 1988 semasa beliau menandatangani memorandum
persefahaman berkaitan air dan gas bersama Lee Kuan Yew.Dalam satu mesyuarat 15
Ogos 2000 Tun Dr Mahathir Muhamad dan Lee Kuan Yew di Putrajaya bersetuju akan
terus membekalkan air kepada Singapura 350 mgd air mentah sehingga 2061, pada
premium 50% dari levi air antara negeri seperti yang dikenakan Johor kepada Melaka.
Ini bermakna Singapura akan membayar 45 sen bagi setiap 1000 gelen,memandangkan
Johor mengunakan 30sen kepada Malaysia sewaktu kemarau pada 2000 dan 2001.
Namun sehingga kini tiada lagi harga air yang ditetapkan. Walaubagaimanapun
Singapura telah banyak mencadangkan harga air,tetapi tiada lagi persetujuan oleh kedua
belah pihak.
Isu harga air.
Malaysia mencadangkan satu formula untuk harga air ini. Ia 200 kali ganda lebih
tinggi. Ini dibuat apabila menteri luar negeri bertemu pada September 2002.
walaubagaimanapun harga ini diperolehi daripada formula Singapura sendiri. Ia
merupakan asas mengira harga air. Sememangnya RM6.25 merupakan satu kenaikan
yang tinggi daripada harga 3 sen per 1000 gelen kini. Jelas sekali bahawa RM6.25 per
1000 gelen bekalan air langit adalah lebih baik berbanding daripada kos perbandingan
sumber air alternatif Singapura iaitu New Water yang datangnya daripada sumber air
yang dikitar semula oleh Singapura berharga RM7.50 per 1000 gelen, manakala air laut
yang disuling berharga RM7.26 per 1000 gelen.
Penetapan harga air.
Dalam hal ini Malaysia dikatakan tidak tetap pendirian. Hal ini kerana Singapura
mendakwa Malaysia kerap mungkir janji dalam menetapkan nilai baru air dari 45 sen ke
60 sen per 1000 gelen. Dalam surat yang bertarikh 21 Febuari 2001, Tun Dr Mahathir
berkata , Johor percaya bahawa 60 sen adalah harga yang berpatutan. Namun ia tidak
dapat dalam mana-mana pun surat yang disebut tentang cadangan beliau ini bahawa 60
sen akan dikenakan selepas 2011. Tun Dr Mahathir juga berkata , Johor percaya yang
harga air yang berpatutan adalah 60 sen per 1000 gelen sehari untuk air yang belum
diproses. Harga ini perlu dikaji selepas 5 tahun. Jelas beliau 60 sen yang dicadangkan
adalah pada waktu pada masa itu dan bukan pada 2011 seperti yang didakwa oleh
Singapura.
Ini jelas menampakan sikap Malaysia yang tidak tetap pendirian dalam
membincangkan isu yang berkaitan dengan harga air ini. Selain itu sikap sambil lewa
pemimpin dalam menangani isu ini juga dapat diperhatikan. Dalam hal lain Singapura
juga membangkitkan tentang kos operasi dan prasarana.
Prasarana dan operasi.
Walaupun dikatakan Singapura menanggung semua prrasarana seperti
empangan,saluran paip dan lain-lain, namun pihak Malaysia iaitu Johor secara langsung
atau tidak langsung terpaksa membiayai kos penyelengaraan untuk menyediakan
kawasan laluan paip atas tanah dan paip bawah tanah. Sebanyak RM 320 juta di bayar
oleh pihak Singapura sebagai duit pendahuluan pada Johor pada tahun 1990 sebagai
pampasan kerana kehilangan kegunaan tanah. Secara keseluruhanya Singapura telah
berbelanja lebih 1 billion untuk projek air ini. Empangan tersebut bukan sahaja memberi
sumbangan kepada Singapura malah turut menyeumbangkan sumbangan kepada
penduduk Johor. Namun persoalanya sekarang adakah Singapura melaburkan begitu
banyak jika Malaysia ingin naikan harga air?
Seperti yang kita tahu Singapura memang licik ini dapat dibuktikan dengan pegawai-
pegawai Singapura yang mengharapkan harga 14 sen Singapura per 1000 gelen akan
kekal selamanya. Namun jika Singapura tidak membeli 468.7 billion air Johor pada kadar
3sen per 1000 gelen dari tahun 1997-2002 dan Singapura mengunakan New Water
sebagai ganti, bil air Singapura akan meningkat dengan tambahan sebanyak 5RM2376.4
juta. Oleh itu dengan menambahkan air pada kadar 3sen per 1000 gelen Malaysia telah
memberi subsidi pada Singapura dari tahun 1997-2002. Ini dikatakan balik model oleh
pihak Singapura. Tetapi ia tidak termasuk lagi kawasan tanah yang dikhaskan oleh
Malaysia kepada Singapura bagi mengekalkan kawasan tadahan untuk membekalkan air
mentah ke Singapura yang merupakan kawasan tadahan yang berpuluh kali besar dari
Singapura.
Malah Malaysia dikatakan telah banyak berkorban maruah dan kedaulatan dengan
membenarkan Singapura mengekalkan kawasan tadahan yang amat luas dan tidak
mungkin Singapura mampu mendapatkanya keistimewaan ini semua dari negara lain
selain Malaysia yang sifatnya bertimbangrasa dengan Singapura. Mengenai isu kenaikan
harga air itu, Singapura tidak akan jatuh miskin dan Malaysia tidak akan kaya dengan
begitu cepat sekiranya harga air dinaikan dari 3sen ke 45 sen per 1000 gelen. Hal ini
kerana Singapura merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang kaya selain
Brunei.
Keenganan Singapura membayar harga air dengan harga yang berpatutan dan jelas
mampu dilakukan adalah amat menghairankan. Dengan memanjangkan pertikaian dan
berterusan bersunggut tentang harga air ini, Singapura semestinya akan menghadapi
risiko merosakan hubungan dua hala ini. Disini nampak dengan jelas yang Singapura
telah banyak mengambil kesempatan dalam suasana selepas merdeka,demi untuk
kepentingan rakyatnya telah mendesak Singapura untuk mendapatkan kepastian bekalan
air yang berkekalan dari pihak Malaysia dengan memberikan kepastian menyertai
gabungan dalam persekutuan Malaysia kerana air. Walaupun sudah ada perjanjian air
1961 dan 1962, Singapura masih lagi mempunyai sikap ragu dengan Malaysia sama ada
perjanjian tersebut kekal lama atau tidak.
Secara kesimpulanya pertikaian harga air ini jika dilihat dengan teliti ia hanya
digunakan sebagai gimik politik antara Lee Kuan Yew dan Tun Dr Mahathir. Hal ini
kerana jika diteliti beliau mampu menyelesaikan isu pertikaian ini dengan Lee Kuan Yew
sejak tahun 1988 lagi sewaktu menandatangani MoU berkaitan dengan air dan gas
bersama Singapura. Persoalanya disini mengapa sehingga akhir pemerintahanya isu ini
masih tidak diselesaikan lagi dan kenapa kesempatanya beliau untuk menyelesaikan isu
tersebut dilengahkan. Kenapa kita tidak mengetahui hanya beliau sahaja yang
Isu air yang dijadikan satu pakej
Bagi saya isu air ini dipolitikan tetapi menurut Tun Dr Mahathir Muhammad isu
air ini seharusnya diselesaikan dalam satu pakej. Walaubagaimanapun Dr Mahathir
selakuperdana menteri ketika itu telah memasukkan isu itu sebagai satu pertukaran dan
sebagai sebahagian pakej isu-isu untuk diselesaikan bersama Singapura dalam rundingan
dari 1998 ke 2002. Ini terkandung dalam surat Dr Mahathir kepada Lee selaku Menteri
Kanan pada 4 Mac 2002, dan isu yang sama dibangkitkan oleh Goh pada 1 Mac 2005. Ini
menolak dakwaan Dr Mahathir kononnya pentadbiran sekaranglah yang menawarkan
ruang udara kepada pesawat Tentera Udara Singapura. Penjualan pasir kepada Singapura
dibangkitkan oleh republik itu dalam pertemuan antara Abdullah dan Goh pada 1 Mac
2005, sekaligus menolak tanggapan yang kerajaan menjadikan isu itu untuk
dirundingkan.
Kandungan surat-surat yang disiarkan ini menunjukkan bahawa dalam
sepucuk surat kepada Goh bertarikh 7 Okt 2002, Dr Mahathir secara bersendirian
menamatkan rundingan yang berdasarkan pakej dengan Singapura, dengan berkata
Malaysia telah membuat keputusan untuk memberikan keutamaan tertinggi untuk
menyelesaikan dahulu isu air yang telah lama tertangguh. Dalam jawapannya pada 14
Oktober, Goh memberitahu Dr Mahathir bahawa oleh kerana beliau mahu menangani isu
air secara berasingan dan mahu menghentikan pendekatan secara pakej itu, pertukaran-
pertukaran ini tidak lagi mungkin dapat dicapai.
"Oleh kerana rundingan secara pakej ini sudah ditamatkan, saya telah mengarahkan
pegawai-pegawai saya menangani isu air dan isu lain secara tersendiri dan berasingan,
berdasarkan merit masing-masing, dan tidak lagi sebagai satu pakej,"
Dalam hal ini isu air dikatakan saling berkait antara satu sama lain. Oleh itu
penyelesaian secara pakej harus dilakukan. Kenyataan Jabatan Perdana Menteri itu juga
berkata Pejabat Peguam Negara telah menasihatkan supaya Malaysia tidak meneruskan
tindakan membina sendiri jambatan itu tanpa mematuhi kehendak undang-undang.
Halangan utama terhadap pembinaan jambatan bengkok melibatkan tindakan meroboh
Halangan utama terhadap pembinaan jambatan bengkok melibatkan tindakan meroboh
Tambak Johor di bahagian Malaysia dan ini akan memberi kesan secara langsung kepada
paip air milik Public Utilities Board (PUB) Singapura. Berdasarkan Perjanjian Air Johor-
Singapura 1961 dan 1962, Malaysia perlu mendapatkan kelulusan PUB berhubung
sebarang perubahan kepada paip air itu akibat daripada pembinaan jambatan. Kerajaan
telah menjelaskan bahawa keputusannya adalah keputusan politik, berdasarkan sentimen,
kedaulatan dan integriti rakyat Malaysia, kata kenyataan itu.
Isu-isu lain yang terlibat.
Kerajaan telah mengklasifikasikan semula beberapa dokumen rahsia yang
relevan dan petikan darinya, bagi membolehkan rakyat Malaysia memahami
mengapa Kerajaan mengambil keputusan untuk membatalkan projek jambatan bagi
menggantikan Tambak Johor. Dengan berbuat demikian, ia telah menjawab dengan
sebenarnya beberapa dakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad, iaitu Kerajaan Singapura menerima cadangan Malaysia untuk
membina sebuah jambatan bengkok. Jambatan berkenaan bukan sebahagian
daripada pakej tertunggak isu dua hala.
Malaysia adalah negara lemah dan tidak mempunyai keberanian (half past six with
no guts) dengan tidak meneruskan projek jambatan bengkok. Ketika di meja
rundingan, Malaysia yang mengemukakan isu penjualan pasir dan kebenaran untuk
Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menggunakan ruang udara negara ini. Ini
adalah kali kedua dalam sejarah negara di mana maklumat yang dilindungi di bawah
Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diklasifikasikan semula dan diluluskan untuk tatapan
masyarakat awam. Langkah ini merupakan satu bukti jelas betapa seriusnya Kerajaan
ingin memberi fakta yang lengkap kepada rakyat agar mereka dapat memahami mengapa
Kerajaan membuat keputusan untuk membatalkan projek jambatan berkenaan.
Di dalam pakej dokumen yang dikeluarkan ini adalah segala surat-menyurat
yang dibuat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dua bekas Perdana Menteri
Singapura, Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Chok Tong. Petikan daripada rekod
mesyuarat di antara Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan
Encik Goh Chok Tong di Kuala Lumpur pada Mac 2005, juga akan dikeluarkan untuk
tatapan umum. Kandungan bagi dokumen ini mempunyai tiga fakta utama.
pertama melibatkan perbincangan bersama Singapura mengenai isu ruang udara
bukanlah satu perkara baru yang disyorkan oleh Kerajaan di bawah pimpinan
Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tun Dr Mahathir Mohamad
sendiri telah memasukkan isu ruang udara sebagai satu pertukaran (trade off) dan
menjadi sebahagian daripada isu berpakej yang ingin diselesaikan bersama
Singapura ketika mengadakan beberapa rundingan daripada 1998 sehingga 2002.
Ini terbukti dalam kandungan surat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri
Kanan Encik Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002. Isu yang sama inilah yang
dibangkitkan oleh Menteri Kanan Encik Goh Chok Tong semasa satu mesyuarat
bersama Dato’ Seri Abdullah pada 1 Mac 2005. Fakta ini menangkis dakwaan Tun Dr
Mahathir Mohamad bahawa kerajaan sekarang yang menawarkan penggunaan
ruang udaraMalaysia oleh jet-jet pejuang RSAF. Kedua ialah penjualan pasir kepada
Singapura dibangkitkan oleh Republik tersebut semasa mesyuarat di antara Perdana
Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Encik Goh Chok Tong pada 1 Mac
2005.
Ini menangkis dakwaan bahawa Kerajaan sekarang yang membangkitkan isu
pasir di meja rundingan. Ketiga ialah pendapat Undang-undang dari Jabatan Peguam
Negara menunjukkan bahawa Malaysiatidak boleh meneruskan usaha membina
jambatan secara bersendirian (unilateral) tanpa mematuhi tuntutan undang-undang.
Khususnya, Malaysia mempunyai tanggungjawab yang terkandung di
bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan
Perjanjian Pemisahan 1965. Rintangan utama yang dihadapi Malaysia dalam soal ini
adalah jika pembinaan jambatan bengkok diteruskan, ia akan melibatkan perobohan
Tambak Johor sebelah Malaysia. Perobohan ini secara langsung menjejaskan paip-
paip air yang dibina dalam Tambak Johor dan paip-paip air yang dibina di kiri dan
kanan Tambak Johor. Mengikut Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, hak
milik paip-paip tersebut diberikan kepada Lembaga Kemudahan Awam Singapura
(Public Utilities Board atau PUB).
Jabatan Peguam Negara telah memberi pendapat undang-undang bahawa di
bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, “Malaysia perlu mendapatkan
kebenaran dari PUB bagi mengubah kedudukan paip-paip untuk pembinaan jambatan
lurus sepenuhnya atau jambatan bengkok”. Di bawah Perjanjian Pemisahan Malaysia –
Singapura 1965,Malaysia menjamin obligasinya yang terkandung dalam Perjanjian Air
Johor – Singapura 1961 dan 1962. Paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor
adalah tertakluk di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961.
Justeru, peruntukan Perjanjian Wayleave yang boleh digunapakai ke atas paip-
paip air yang terletak di kiri dan kanan Tambak Johor tidak boleh digunapakai ke atas
paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor. Oleh itu, dakwaan bahawa paip-paip
air yang terletak di dalam Tambak Johor boleh dialihkan secara bersendirian (unilateral)
selepas memberi notis enam bulan kepada Singapura adalah tidak benar. Dengan
mengambilkira fakta ini, Kerajaan sekarang perlu membuat keputusan tegas untuk
menolak cadangan timbang balas (quid-pro-quo) Singapura untuk memperoleh pasir dan
ruang udara. Keputusan ini dibuat memandangkan ianya akan menjejaskan kedaulatan
Negara. Kerajaan perlu membuat keputusan politik untuk menghentikan projek jambatan
ini memandangkan ianya selaras dengan sentimen Rakyat dan kepentingan
Negara. Kesimpulannya, keseluruhan isu ini berkisar pada satu fakta yang mudah –
Malaysia mahukan jambatan tersebut dan Singapura tidak.
Secara kesimpulanya semasa era pemeritahan Tun Dr Mahathir Muhamad agak
mendukacitakan apabila beliau tidak dapat menyelesaikan isu ini,walau bagaimanapun
sebab beliau tidak dapat berbuat demikian belum dapat dikenalpasti lagi. Mungkin
dengan membongkarkan semula antara surat-surat beliau dengan Lee Kuan Yew dalam
membincangkan isu ini dapat menjawab persoalan yang masih belum terjawab. Namun
secara keseluruhanya beliau telah menetengahkan isu ini. Adakah isu ini digunakan
semata-mata untuk dipolitikan atau diselesaikan? Atau semata-mata ingin meraih undi
dari rakyat Johor? Seperti yang kita tahu Barisan Nasional sentiasa mendapat tempat di
Johor? Adakah dengan menetengahkan isu ini beliau mendapat perhatian dan pungutan
No comments:
Post a Comment