Saturday, December 18, 2010

"Water Issues Between Malaysia-Singapore Relation under Tun Dr Mahathir Muhammad"

Dasar luar Malaysia-Singapura era Tun Dr Mahathir Muhamad.
       
        Semasa kepimpinan Tun Dr Mahathir Muhammad hubungan antara Malaysia dan

Singapura bertambah erat. Selain itu beliau juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang

sangat berminat dengan hal ehwal dunia antarabangsa. Beliau juga merupakan Perdana

Menteri yang banyak melawat negara-negara lain dengan tujuan memperkenalkan serta

memperjuangkan Malaysia di mata dunia. Selain itu semasa era beliau juga telah

memperlihatkan peranan Malaysia dalam dunia antarabangsa sebagai jurucakap negara

dunia ketiga yang menuntut hak keadilan dalam hubungan negara-negara sedang

membangun.



          Dirumuskan disini mengenai hubungan Malaysia-Singapura semasa era Tun Dr

Mahathir Muhamad. Terdapat lima faktor yang menyebabkan semasa kepimpinan beliau

mengambil sikap lebih “mild” . ini jelas menunjukan perbezaan beliau dengan apa yang

ditunjukan oleh beliau semasa di pentas dunia. Faktor pertama yang menyebabkan

kepimpinan beliau mengambil sikap lebih berlembut antara Malaysia-Singapura kerana

kewujudan ASEAN. Hal ini kerana dengan adanya ASEAN ini sendiri menyebabkan

masalah bilateral diantara negara-negara anggota telah dapat diminimakan. Hal ini kerana

 ASEAN sendiri mementingkan kerjasama dan semangat keserantauan.

            Sikap  beliau yang  lebih berhati-hati, lembut dan terbuka itu selaras dengan dasar

beliau yang dari awal telah menetapkan bahawa negara-negara ASEAN diberikan prioriti

utama dalam dan  dalam luar negeri. Faktor kedua ialah  hasrat Tun Dr Mahathir itu

sendiri yang namapk untuk menerajui kepimpinan serantau di peringkat ASEAN. Oleh

itu dalam usaha untuk menjadi pemimpin kepada anggota negara ASEAN, maka segala

tindakanya terutama dengan negara jiran yang lebih kecil perlu berhati-hati. Oleh itu

Malaysia tidak boleh terlibat dalam konflik terbuka dengan Singapura. Faktor ketiga ialah

keupayaan pertahanan. Ia melibatkan hal pemilikan senjata canggih. Malaysia dikatakan

ketingalan berbanding Singapura. Ini dibuktikan apabila pada tahun 1994  Singapura

mempunyai 555 pesawat tempur (combat aircraft) manakala Malaysia hanya memiliki 92

buah pesawat tempur.


        Dari segi pemilikan kereta kebal Malaysia hanya memiliki 25 buah sahaja

manakala Singapura memiliki 350 buah pada tahun 1995. Ia cukup jelas bahawa

walaupun Singapura itu hanyalah sebuah negara yang kecil tetapi persediaan dalam

pertahanannya adalah lebih baik berbanding dengan Malaysia. Oleh itu sekiranya

Malaysia mengambil tindakan yang lebih agresif ia boleh mencetuskan konflik dan

sekaligus dan boleh mencetuskan peperangan. Faktor keempat ialah beliau sendiri telah

membuat pengakuan dimana Singapura merupakan contoh kepada Malaysia. Ini dapat

dibuktikan dengan kata-katanya.


       “... Singapore’s success story in the economic and social field cannot but be a model

for Malaysia...”

           oleh itu jelaslah disini bahawa beliau telah menjadikan Singapura sebagai contoh

bagi Malaysia dan ia juga adalah tidak sesuai untuk Malaysia itu sendiri mengunakan

pendekatan yang agresif dalam menyelesaikan isu-isu yang berhubungan dengan

Malaysia dan Singapura adalah tidak sesuai. Hal ini kerana beliau telah dengan ikhlasnya

mengungkapkan kata-kata tersebut.

       Faktor kelima ialah sebagai seorang yang sememangnya mahukan Singapura berada

di luar Malaysia dari awal lagi, maka beliau dikira gembira dengan kedudukan Singapura

kini yang menjadi sebagai sebuah negara yang berdaulat berbanding dengan Perdana

Menteri sebelumnya. Dalam hubungan ini jika Malaysia boleh bersahabat dengan China

dan Vietnam dan mengapa tidak dengan Singapura yang merupakan jiran terdekat.

“...we come from a small country. When we visit the bigger countries smaller they wold

not bother with us but when we visit countries smaller than ours we will be well received

and treated like king

Menurut kata yang dipetik di atas Tun Dr Mahathir menganggap hubungan Malaysia-

Singapura ini sebagai city-state . Walaupun kenyataan ini dibuat dalam reaksi kepada

persoalan mengapa beliau suka menghulurkan bantuan kepada negara kecil,miskin dan

mundur seperti Mauritus,Maldives dan Fiji, sedangkan terdapat ramai orang di Malaysia

yang masih miskin. Ini jelas mengambarkan sikap beliau yang ego dan sanggup

mengorbankan kepentingan bangsa dan negara asalkan kehendak keegoannya dipenuhi.


 Kemunculan isu air.

              Isu air antara Malaysia dan Singapura ini merupakan isu yang begitu sensitif.

Ia seperti bom jangka di dalam setiap proses perunding antara dua negara ini. Hal ini

kerana isu air ini seringkali dipolitikan di Malaysia misalnya semasa pemilihan jawatan

dalam parti. Namun isu ini mula timbul dan menimbulkan kontrolversi apabila pihak

Malaysia menyedari tentang isu harga air yang tidak releven pada masa kini. Ia

dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 2002.Semasa era Tun Dr Mahathir

beliau berjanji akan menyerahkan jawatanya apabila isu air ini reda. Ia kembali hangat

semula apabila ianya selalu dikaitkan dengan isu-isu lain dan isu ini juga dikatakan

sebagai isu yang perlu diselesaikan secara pakej dalam hubungan dua hala ini.


         Pada tahun 1998 masih lagi Malaysia di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir

Muhamad. Pada masa itu Malaysia boleh menaikan harga air, namun beliau tidak

berbuat demikian. Hal ini kerana beliau percaya bahawa Singapura akan membuat tindak

 balas menaikan harga air yang diproses ke Malaysia.Pada tahun 1986 dan 1987

merupakan tahun yang buruk dalam sejarah politik Malaysia iaitu dengan perletakan

jawatan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam dan beliau juga menghadapi cabaran

semasa pilihanraya dengan Tengku Razaleigh. Sehingga diadakan sekali lagi proses

mengira undi dan akhirnya beliau hanya menang tipis dengan lebih 43 undi mengalahkan

Ku Li. Selepas peristiwa itu Ku Li keluar dan membentuk semangat 46. Selain itu isu 

Chaim Herzog menyemarakan lagi isu air. 


  “ Both these Water Agrements have been called into question by Malaysian politicians

during rough patches in bilateral relations. In 1980 during the Herzog visit , there were

calls to revoke the pacts or to renegotiate them with better term for Malaysian”


dalam hal ini jelas bahawa Malaysia mengalihkan tumpuan dalam menyelesaikan isu atau

masalah yang lain iaitu harga air. Namun jika dilihat pada tahun 1986-1987 harga air

tidak pernah dikaji semula. Alasan yang diberikan adalah kerana pada masa itu Malaysia

mengalami kemelesetan ekonomi dan ketengan kaum. Pada tahun 1988, Lee Kuan Yew

dan Tun Dr Mahathir telah menandatangani (MoU) iaitu perjanjian mengenai air dan gas.

Ini kerana perjanjian air tahun 1961 dan 1962 yang sepatutnya diadakan pada tahun 1986

dan 1987 tidak dilaksanakan oleh kedua-dua pihak.Walaubagaimanapun jika dilihat disini

Singapura amat licik. Ini kerana Singapura mendesak Malaysia menandatangani MoU air

dan gas pada 1988 tanpa Malaysia pada masa itu mengkaji semula kerana pada masa itu

Malaysia mengalami ganguan politik dalaman UMNO.

      Jelaslah disini bahawa isu air ini seringkali dipolitikan dalam hubungan dua hala

antara Malaysia dan Singapura ini. Setelah meneliti sebab dan kemunculan isu air ini

sedikit rumusan dalam perjanjian air ini yang telah dibuat berdasarkan surat perjanjian air

tahun 1961 dan 1962. 


. Rumusan perjanjian air 1961 dan 1962.

            Dalam mengkaji mengenai isu air antara Malaysia dan Singapura ini tidak lari

daripada mengkaji tentang isi-isi dan kandungan yang terdapat dalam perjanjian air

antara Malaysia dan Singapura itu sendiri. Walaupun terdapat banyak perjanjian yang

telah ditandatangani sebelum ini. Namun jika dilihat perjanjian air ini merupakan satu

perjanjian air jangka panjang. Sekiranya diteliti kembali terdapat beberapa klausa-klausa

 yang terdapat dalam perjanjian yang boleh di persoalkan. Secara keselurahan disini akan

merumuskan apa yang terdapat dalam perjanjian tersebut.

           Terdapat dua perjanjian bekalan air mengenai dua pusat bekalan air yang telah

dibuat sebelum penubuhan Federal of Malaysia yang telah dirancang penubuhanya pada

9 Julai 1963. Setelah membaca klausa-klausa yang terdapat didalam kedua-dua

perjanjian tersebut sememangnya terdapat keraguan dan ciri-ciri berat sebelah. Dalam

kandungan klausa juga yang menjadikan Singapura berada dalam keadaan “upper hand

dan Malaysia memberi banyak kelonggaran kepada Singapura bergerak bebas tanpa

batasan dikawasan takungan air di Malaysia dan tiada measure yang dikenakan keatas

pihak Singapura dalam kawalan keselamatan. Selain itu dalam perjanjian ini dapat dilihat

harga air yang tidak munasabah dan kerugian Malaysia dalam kutipan premium untuk

kawasan yang seluas 1/5 saiz Singapura dipajak untuk jangka masa yang panjang iaitu

hampir 104 tahun. Ini dapat dibuktikan dengan klausa yang berat sebelah ini.

Klausa 3( i) di ringkaskan dan isi kandungnya menyebut:


“ The Government shall acquire all or any aliecanated land. City Council (Singapore)

may by notice in writting require to be reserved for the purpose herein... includiing any

alienated land under along or upon which any existing pipe lies.”


Dalam klausa ini jelas menunjukan bahawa Singapura meletakan kuasa yang luas kepada

jabatanya untuk berurusan dengan kerajaan Negeri Johor dalam menguruskan bekalan air

agar ianya terus dibekalkan melalui paip-paip bawah tanah negeri Johor. Jika dilihat juga

kerajaan Negeri Johor perlu patuh pada jabatan yang telah dilantik Singapura. Selain itu

ia memperlihatkan yang  dalam klausa 3(i) perjanjian 1961 menyatakan bahawa

Singapura akan membayar ganti rugi kepada kerajaan negeri Johor. Kerajaan Negeri

Johor agak tertekan  dengan secara terpaksa menyediakan kawasan tanah yang dimohon

oleh Singapura dan apa yang paling menyekitkan adalah “reserve” tanah yang telah diberi

amat sukar untuk dapatkan kembali dan akan dikenakan bayaran yang tinggi.

        Didalam klausa perjanjian ini terdapat juga elemen berbentuk sikap kurang

berperikemanusian dimana , walaupun air yang berada ditakungan air Johor berada

dibawah paras kritical yang dimana berlaku semasa kemarau panjang, kerajaan negeri

Johor masih perlu membekalkan air ke Singapura. Hal ini mustahil kerajaan negeri

masih perlu membekalkan air kenegara jiranya walhal air untuk rakyatnya dicatu. Pada

 tahun 2001 semasa kemarau panjang berlaku Johor masih lagi membekalkan air mentah

ke Singapura dan membekalkan air ke Melaka tetapi dengan harga 30 sen per 1000

gelen,sedangkan Malaysia membekalkan air ke Singapura dengan harga 3 sen per 1000

 gelen. Selain itu rakyat Johor sendiri terpaksa dicatu pengunaan airnya dan sehinggakan

 penduduk terpaksa berbaris untuk mendapatkan air dari lori tangki yang membawa air.

Ini adalah jelas menampakan bahawa impak dari perjanjian air mengikut keperluan

Singapura dan ketegasan mereka dalam menguruskan air telah memberikan hasil yang

lumayan. Keadaan sikap kurang berperikemanusian ini dapat dilihat melalui klausa ini.

klausa 16.klausa 16(i) yang menetapkan harga 3sen setiap 1000 gelen air mentah.

Klausa 10(i) “ The City Council of Singapore agrees that the flow of the Johore River

below the poin of pumping shall not be reduced... such extennt cause the present users to

suffer unreasonably...”

Dalam klausa ini ia lebih menjurus kepada bekalan air yang berterusan untuk pihak

Singapura walaupun ketika itu aras air di Johor dibawah paras kritikal, Singapura tetap

mahu bekalan air diteruskan ke Singapura. Ini memcerminkan sikap Lee Kuan Yew yang

berpegang pada ideologi sosialis. In i seterusnya memberi beban kepada rakyat Malaysia

yang terpaksa menangung beban. Klausa ini menunjukan tiada sebarang

toleransi,timbangrasa kepada Malaysia.

      Secara keseluruhanya walaupun tidak semua klausa yang disenaraikan kedua-dua

pihak tidak berat sebelah, namun dilihat dalam perjanjian tersebut tiada bentuk

measure” atau kawalan dari pihak Malaysia,terutama bagi menjamin aspek keselamatan

dan kedaulatan negara. Mungkin kerana klausa-klausa perjanjian-perjanjian ini sudah

out dated”. Ini kerana klausa-klausa yang ada dalam perjanjian 1961 dan 1962 hanya

releven pada tahun tersebut sahaja. Namun kini ia tidak boleh diterima sebagai perjanjian

yang seimbang dan bersifat adil.

Isu air yang dipertikaikan.

       Singapura meraih keuntungan sebanyak RM662.5 Juta daripada air mentah yang

dibekalkan oleh Malaysia pada 2001 sahaja. Disini Singapura hanya membayar kepada

kerajaan Negeri Johor sebanyak RM 2.39 juta pada 2001 untuk bekalan air selama

setahun. Ini bermakna setiap rakyat Singapura hanya membayar 26 sen Singapura

setahun untuk air yang dibekalkan oleh negeri Johor. Ini jelas sekali bahawa Singapura

telah menikmati air sebanyak mana yang mereka mahukan, sebaliknya Johor membayar

kepada Singapura sebanyak RM 6.3 juta untuk air yang dirawat. Namun kenapa Malaysia

tidak membuat pembaharuan semasa Malaysia boleh melakukan demikian.

Malaysia dikatakan hilang hak dalam mengkaji harga air.

          Malaysia mendesak Singapura supaya mengadakan mengkaji semula tentang isu

ini. Namun tegas Singapura Malaysia sudah kehilangan hak dalam mengkaji semula isu

harga air. PUB berkata melalui perjanjian-perjanjian yang dinyatakan Malaysia

sememangnya telah kehilangan hak ini dirujuk melalui surat kerajaan Negeri Johor.

Dalam hal ini memang kecuaian Malaysia kerana Malaysia tidak berbuat demikian pada

tahun 1986 dan 1987 iaitu tepat pada 25 tahun selepas tarikh kedua-dua perjanjian air

tahun 1961 dan 1962. Dalam perjanjian 1961 fasal 17 dan perjanjian tahun 1962 fasal 14

dengan jelas menerangkan bahawa berdasarkan perenggan (i) dan (ii) dalam fasal

tersebut kenyataan perjanjian adalah berdasarkan kajian semula selepas tamatnya tempoh

25 tahun dari perjanjian ini.

       Namun sekiranya dikaji balik maksud perjanjian tersebut ia tidak bermakna mesti

dibuat serta merta tetapi ia boleh diperbaharui bila-bila masa selepas tahun 1986 dan

1987, kedua-dua pihak berhak disisi undang-undang untuk mengkaji semula harga air.

Namun ia merupakan kesilapan Tun Dr Mahathir sendiri kerana tidak mengunakan

peluang yang ada pada tahun 1988 semasa beliau menandatangani memorandum

persefahaman berkaitan air dan gas bersama Lee Kuan Yew.Dalam satu mesyuarat 15

Ogos 2000 Tun Dr Mahathir Muhamad dan Lee Kuan Yew  di Putrajaya bersetuju akan

 terus membekalkan air kepada Singapura 350 mgd air mentah sehingga 2061, pada

 premium  50% dari levi air antara negeri seperti yang dikenakan Johor kepada Melaka.

Ini bermakna Singapura akan membayar 45 sen bagi setiap 1000 gelen,memandangkan

Johor mengunakan 30sen kepada Malaysia sewaktu kemarau pada 2000 dan 2001.

Namun sehingga kini tiada lagi harga air yang ditetapkan. Walaubagaimanapun

Singapura telah banyak mencadangkan harga air,tetapi tiada lagi persetujuan oleh kedua

belah pihak.

Isu harga air.

          Malaysia mencadangkan satu formula untuk harga air ini. Ia 200 kali ganda lebih

tinggi. Ini dibuat apabila menteri luar negeri bertemu pada September 2002.

walaubagaimanapun harga ini diperolehi daripada formula Singapura sendiri. Ia

merupakan asas mengira harga air. Sememangnya RM6.25 merupakan satu kenaikan

yang tinggi daripada harga 3 sen per 1000 gelen kini.  Jelas sekali bahawa RM6.25 per

1000 gelen bekalan air langit adalah lebih baik berbanding daripada kos perbandingan

sumber air alternatif Singapura iaitu New Water yang datangnya daripada sumber air

yang dikitar semula oleh Singapura berharga RM7.50 per 1000 gelen, manakala air laut

 yang disuling berharga RM7.26 per 1000 gelen.


Penetapan harga air.

            Dalam hal ini Malaysia dikatakan tidak tetap pendirian. Hal ini kerana Singapura

mendakwa Malaysia kerap mungkir janji dalam menetapkan nilai baru air dari 45 sen ke

60 sen per 1000 gelen. Dalam surat yang bertarikh 21 Febuari 2001, Tun Dr Mahathir

berkata , Johor percaya bahawa 60 sen adalah harga yang berpatutan. Namun ia tidak

dapat dalam mana-mana pun surat yang disebut tentang cadangan beliau ini bahawa 60

sen akan dikenakan selepas 2011. Tun Dr Mahathir juga berkata , Johor percaya yang

harga air yang berpatutan adalah 60 sen per 1000 gelen sehari untuk air yang belum

diproses. Harga ini perlu dikaji selepas 5 tahun. Jelas beliau 60 sen yang dicadangkan

adalah pada waktu pada masa itu dan bukan pada 2011 seperti yang didakwa oleh

Singapura.


       Ini jelas menampakan sikap Malaysia yang tidak tetap pendirian dalam

membincangkan isu yang berkaitan dengan harga air ini. Selain itu sikap sambil lewa

pemimpin dalam menangani isu ini juga dapat diperhatikan. Dalam hal lain Singapura

juga membangkitkan tentang kos operasi dan prasarana.

Prasarana dan operasi.


          Walaupun dikatakan Singapura menanggung semua prrasarana seperti

empangan,saluran paip dan lain-lain, namun pihak Malaysia iaitu Johor secara langsung

atau tidak langsung terpaksa membiayai kos penyelengaraan untuk menyediakan

kawasan laluan paip atas tanah dan paip bawah tanah. Sebanyak RM 320 juta di bayar

oleh pihak Singapura sebagai duit pendahuluan pada Johor pada tahun 1990 sebagai

pampasan kerana kehilangan kegunaan tanah. Secara keseluruhanya Singapura telah

berbelanja lebih 1 billion untuk projek air ini. Empangan tersebut bukan sahaja memberi

sumbangan kepada Singapura malah turut menyeumbangkan sumbangan kepada

penduduk Johor. Namun persoalanya sekarang adakah Singapura melaburkan begitu

 banyak jika Malaysia ingin naikan harga air?


      Seperti yang kita tahu Singapura memang licik ini dapat dibuktikan dengan pegawai-

pegawai Singapura yang mengharapkan harga 14 sen Singapura per 1000 gelen akan

kekal selamanya. Namun jika Singapura tidak membeli 468.7 billion air Johor pada kadar

 3sen per 1000 gelen dari tahun 1997-2002 dan Singapura mengunakan New Water

sebagai ganti, bil air Singapura akan meningkat dengan tambahan sebanyak 5RM2376.4

juta. Oleh itu dengan menambahkan air pada kadar 3sen per 1000 gelen Malaysia telah

memberi subsidi pada Singapura dari tahun 1997-2002. Ini dikatakan balik model oleh

pihak Singapura. Tetapi ia tidak termasuk lagi kawasan tanah yang dikhaskan oleh

Malaysia kepada Singapura bagi mengekalkan kawasan tadahan untuk membekalkan air

mentah ke Singapura yang merupakan kawasan tadahan yang berpuluh kali besar dari

Singapura.

      Malah Malaysia dikatakan telah banyak berkorban maruah dan kedaulatan dengan

membenarkan Singapura mengekalkan kawasan tadahan yang amat luas dan tidak

mungkin Singapura mampu mendapatkanya keistimewaan ini semua dari negara lain

selain Malaysia yang sifatnya bertimbangrasa dengan Singapura. Mengenai isu kenaikan

harga air itu, Singapura tidak akan jatuh miskin dan Malaysia tidak akan kaya dengan

begitu cepat sekiranya harga air dinaikan dari 3sen ke 45 sen per 1000 gelen. Hal ini

kerana Singapura merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang kaya selain

Brunei.

       Keenganan Singapura membayar harga air dengan harga yang berpatutan dan jelas

mampu dilakukan adalah amat menghairankan. Dengan memanjangkan pertikaian dan

berterusan bersunggut tentang harga air ini, Singapura semestinya akan menghadapi

risiko merosakan hubungan dua hala ini. Disini nampak dengan jelas yang Singapura

telah banyak mengambil kesempatan dalam suasana selepas merdeka,demi untuk

 kepentingan rakyatnya telah mendesak Singapura untuk mendapatkan kepastian bekalan

air yang berkekalan dari pihak Malaysia dengan memberikan kepastian menyertai

gabungan dalam persekutuan Malaysia kerana air. Walaupun sudah ada perjanjian air

1961 dan 1962, Singapura masih lagi mempunyai sikap ragu dengan Malaysia sama ada

perjanjian tersebut kekal lama atau tidak.

       Secara kesimpulanya pertikaian harga air ini jika dilihat dengan teliti ia hanya

digunakan sebagai gimik politik antara Lee Kuan Yew dan Tun Dr Mahathir. Hal ini

kerana jika diteliti beliau mampu menyelesaikan isu pertikaian ini dengan Lee Kuan Yew

 sejak tahun 1988 lagi sewaktu menandatangani MoU berkaitan dengan air dan gas

bersama Singapura. Persoalanya disini mengapa sehingga akhir pemerintahanya isu ini

masih tidak diselesaikan lagi dan kenapa kesempatanya beliau untuk menyelesaikan isu

tersebut dilengahkan. Kenapa kita tidak mengetahui hanya beliau sahaja yang

mengetahuinya.


Isu air yang dijadikan satu pakej

     Bagi saya isu air ini dipolitikan tetapi  menurut Tun Dr Mahathir Muhammad isu

 air ini seharusnya diselesaikan dalam satu pakej. Walaubagaimanapun Dr Mahathir

selakuperdana menteri ketika itu telah memasukkan isu itu sebagai satu pertukaran dan

sebagai sebahagian pakej isu-isu untuk diselesaikan bersama Singapura dalam rundingan

dari 1998 ke 2002. Ini terkandung dalam surat Dr Mahathir kepada Lee selaku Menteri

Kanan pada 4 Mac 2002, dan isu yang sama dibangkitkan oleh Goh pada 1 Mac 2005. Ini

menolak dakwaan Dr Mahathir kononnya pentadbiran sekaranglah yang menawarkan

ruang udara kepada pesawat Tentera Udara Singapura. Penjualan pasir kepada Singapura

 dibangkitkan oleh republik itu dalam pertemuan antara Abdullah dan Goh pada 1 Mac

2005, sekaligus menolak tanggapan yang kerajaan menjadikan isu itu untuk

dirundingkan. 

           Kandungan surat-surat yang disiarkan ini menunjukkan bahawa dalam

sepucuk surat kepada Goh bertarikh 7 Okt 2002, Dr Mahathir secara bersendirian

menamatkan rundingan yang berdasarkan pakej dengan Singapura, dengan berkata

Malaysia telah membuat keputusan untuk memberikan keutamaan tertinggi untuk

menyelesaikan dahulu isu air yang telah lama tertangguh. Dalam jawapannya pada 14

 Oktober, Goh memberitahu Dr Mahathir bahawa oleh kerana beliau mahu menangani isu

air secara berasingan dan mahu menghentikan pendekatan secara pakej itu, pertukaran-

pertukaran ini tidak lagi mungkin dapat dicapai. 


"Oleh kerana rundingan secara pakej ini sudah ditamatkan, saya telah mengarahkan

pegawai-pegawai saya menangani isu air dan isu lain secara tersendiri dan berasingan,

berdasarkan merit masing-masing, dan tidak lagi sebagai satu pakej,"


        Dalam hal ini isu air dikatakan saling berkait antara satu sama lain. Oleh itu

 penyelesaian secara pakej harus dilakukan. Kenyataan Jabatan Perdana Menteri itu juga

berkata Pejabat Peguam Negara telah menasihatkan supaya Malaysia tidak meneruskan

tindakan membina sendiri jambatan itu tanpa mematuhi kehendak undang-undang. 

Halangan utama terhadap pembinaan jambatan bengkok melibatkan tindakan meroboh

Tambak Johor di bahagian Malaysia dan ini akan memberi kesan secara langsung kepada

paip air milik Public Utilities Board (PUB) Singapura. Berdasarkan Perjanjian Air Johor-

Singapura 1961 dan 1962, Malaysia perlu mendapatkan kelulusan PUB berhubung

sebarang perubahan kepada paip air itu akibat daripada pembinaan jambatan. Kerajaan

 telah menjelaskan bahawa keputusannya adalah keputusan politik, berdasarkan sentimen,

kedaulatan dan integriti rakyat Malaysia, kata kenyataan itu.

Isu-isu lain yang terlibat.

           Kerajaan telah mengklasifikasikan semula beberapa dokumen rahsia yang

relevan dan petikan darinya, bagi membolehkan rakyat Malaysia memahami

mengapa Kerajaan mengambil keputusan untuk membatalkan projek jambatan bagi

menggantikan Tambak Johor. Dengan berbuat demikian, ia telah menjawab dengan

sebenarnya beberapa dakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr

Mahathir Mohamad, iaitu  Kerajaan Singapura menerima cadangan  Malaysia  untuk

membina sebuah jambatan bengkok. Jambatan berkenaan bukan sebahagian

daripada pakej tertunggak isu dua hala. 

        Malaysia adalah negara lemah dan tidak mempunyai keberanian (half past six with

no guts) dengan tidak meneruskan projek jambatan bengkok. Ketika di meja

rundingan, Malaysia yang mengemukakan isu penjualan pasir dan kebenaran untuk

Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menggunakan ruang udara negara ini. Ini

adalah kali kedua dalam sejarah negara di mana maklumat yang dilindungi di bawah

Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diklasifikasikan semula dan diluluskan untuk tatapan

masyarakat awam. Langkah ini merupakan satu bukti jelas betapa seriusnya Kerajaan

ingin memberi fakta yang lengkap kepada rakyat agar mereka dapat memahami mengapa

Kerajaan membuat keputusan untuk membatalkan projek jambatan berkenaan. 

          Di dalam pakej dokumen yang dikeluarkan ini adalah segala surat-menyurat

 yang dibuat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dua bekas Perdana Menteri

Singapura, Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Chok Tong. Petikan daripada rekod

mesyuarat di antara Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan

Encik Goh Chok Tong di Kuala Lumpur pada Mac 2005, juga akan dikeluarkan untuk

 tatapan umum. Kandungan bagi dokumen ini mempunyai tiga fakta utama. 

pertama melibatkan perbincangan bersama Singapura mengenai isu ruang udara

bukanlah satu perkara baru yang disyorkan oleh Kerajaan di bawah pimpinan

Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tun Dr Mahathir Mohamad

sendiri telah memasukkan isu ruang udara sebagai satu pertukaran (trade off) dan

menjadi sebahagian daripada isu berpakej yang ingin diselesaikan bersama

Singapura ketika mengadakan beberapa rundingan daripada 1998 sehingga 2002.

         Ini terbukti dalam kandungan surat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri

Kanan Encik Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002. Isu yang sama inilah yang

dibangkitkan oleh Menteri Kanan Encik Goh Chok Tong semasa satu mesyuarat

bersama Dato’ Seri Abdullah pada 1 Mac 2005. Fakta ini menangkis dakwaan Tun Dr

 Mahathir Mohamad bahawa kerajaan sekarang yang menawarkan penggunaan

ruang udaraMalaysia oleh jet-jet pejuang RSAF. Kedua ialah penjualan pasir kepada

Singapura dibangkitkan oleh Republik tersebut semasa mesyuarat di antara Perdana

Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Encik Goh Chok Tong pada 1 Mac

2005.

        Ini menangkis dakwaan bahawa Kerajaan sekarang yang membangkitkan isu

pasir di meja rundingan. Ketiga ialah pendapat Undang-undang dari Jabatan Peguam

Negara menunjukkan bahawa Malaysiatidak boleh meneruskan usaha membina

jambatan secara bersendirian (unilateral) tanpa mematuhi tuntutan undang-undang.

 Khususnya, Malaysia mempunyai tanggungjawab yang terkandung di

bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan

Perjanjian Pemisahan 1965. Rintangan utama yang dihadapi Malaysia dalam soal ini

 adalah jika pembinaan jambatan bengkok diteruskan, ia akan melibatkan perobohan

Tambak Johor sebelah Malaysia. Perobohan ini secara langsung menjejaskan paip-

paip air yang dibina dalam Tambak Johor dan paip-paip air yang dibina di kiri dan

kanan Tambak Johor. Mengikut Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, hak

milik paip-paip tersebut diberikan kepada Lembaga Kemudahan Awam Singapura

(Public Utilities Board atau PUB).

                Jabatan Peguam Negara telah memberi pendapat undang-undang bahawa di

bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, “Malaysia perlu mendapatkan

kebenaran dari PUB bagi mengubah kedudukan paip-paip untuk pembinaan jambatan

lurus sepenuhnya atau jambatan bengkok”. Di bawah Perjanjian Pemisahan Malaysia 

 Singapura 1965,Malaysia  menjamin obligasinya yang terkandung dalam Perjanjian Air

Johor – Singapura 1961 dan 1962. Paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor

adalah tertakluk di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961.

               Justeru, peruntukan Perjanjian Wayleave yang boleh digunapakai ke atas paip-

paip air yang terletak di kiri dan kanan Tambak Johor tidak boleh digunapakai ke atas

paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor. Oleh itu, dakwaan bahawa paip-paip

air yang terletak di dalam Tambak Johor boleh dialihkan secara bersendirian (unilateral)

selepas memberi notis enam bulan kepada Singapura adalah tidak benar. Dengan

mengambilkira fakta ini, Kerajaan sekarang perlu membuat keputusan tegas untuk

menolak cadangan timbang balas (quid-pro-quo) Singapura untuk memperoleh pasir dan

ruang udara. Keputusan ini dibuat memandangkan ianya akan menjejaskan kedaulatan

Negara. Kerajaan perlu membuat keputusan politik untuk menghentikan projek jambatan

 ini memandangkan ianya selaras dengan sentimen Rakyat dan kepentingan

Negara. Kesimpulannya, keseluruhan isu ini berkisar pada satu fakta yang mudah –

 Malaysia mahukan jambatan tersebut dan Singapura tidak. 

       Secara kesimpulanya semasa era pemeritahan Tun Dr Mahathir Muhamad agak

mendukacitakan apabila beliau tidak dapat menyelesaikan isu ini,walau bagaimanapun

sebab beliau tidak dapat berbuat demikian belum dapat dikenalpasti lagi. Mungkin

dengan membongkarkan semula antara surat-surat beliau dengan Lee Kuan Yew dalam

membincangkan isu ini dapat menjawab persoalan yang masih belum terjawab. Namun

secara keseluruhanya beliau telah menetengahkan isu ini. Adakah isu ini digunakan

semata-mata untuk dipolitikan atau diselesaikan? Atau semata-mata ingin meraih undi

dari rakyat Johor?  Seperti yang kita tahu Barisan Nasional sentiasa mendapat tempat di

  Johor? Adakah dengan menetengahkan isu ini beliau mendapat perhatian dan pungutan

suara yang ramai? ”tepuk dada tanya selera”





Monday, November 15, 2010

"AKU"

salam semua..malam yang hening lagi indah ini sepatutnya masa aku untuk study tapi ntah kenapa aku masih tiada mood lagi. Mungkin rasa malas? em...mungkin..Ini adalah blog pertama ku...Rasa ingin menulis,berkongsi cerita,berkongsi rasa,berkongsi sedikit ilmu dan pendapat kepada semua. Sedikit pengenalan tentang diriku. Aku dilahirkan di Muar Johor. Dibesarkan di Batu pahat Johor.Sekarang masih menuntut ditahun akhir di University of Malaya di Kuala Lumpur. Disini lah kehidupan ku berubah.Mula mengenal hidup.Mula mengenal erti kawan dan segalanya. Disinilah segalanya bermula..Ini adalah aku..Aku adalah aku.